HARGA KAMI BERPATUTAN - BELILAH SECARA BORONG

   PENGENALAN  | LATAR BELAKANG  | VISI & MISI  | RAKAN NIAGA | PRODUK | AKTIVITI | KOMEN ANDA | KOMEN ANDA | LAMAN UTAMA

Rabu, Mei 26, 2010
PENGENALAN

  • MIDMART SDN BHD sebuah perniagaan yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 2009 dan akan mula beroperasi pada pada pertengahan tahun 2011. perniagaan ini di jangka akan beroperasi di station 18 ulu kinta perak. Waktu beroperasi 8 pagi – 10 malam. MIDMART merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya dan mampu untuk bersaing dengan syarikat besar yang berada di kawasan sekitar dan mampu mewujudkan persaingan yang sihat diantara peniaga yang lain.

  • MIDMART menawarkan produk-produk keperluan seisi rumah dan penjagaan diri yang halal dan berkualiti serta menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara produk-produk yang akan dijual adalah seperti barangan keperluan harian, barangan segar, barangan keperluan rumah, barangan penjagaan diri, Surat Khabar dan juga kad topup.

  • Setiap produk yang dijual adalah menepati cita rasa penguna dan berkualiti. Ini bertujuan untuk menjamin kepuasan dan kehendak pelanggan. Kami juga menawarkan harga yang berpatutan dan layanan yang mesra serta perkhidmatan yang berkualiti

  • Seiring dengan langkah dan usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap ekonomi bumiputera. Peningkatan sektor ekonomi dari pelbagai sudut mampu memberi impak yang besar kepada negara. Dengan ini mampu memberikan kesan yang positif dan meningkatkan pembabitan bumiputra dalam dunia perniagaan
  •   

     

    Rabu, Mei 26, 2010
    LATAR BELAKANG

  • MIDMART menjalankan aktiviti perniagaan runcit dan borong serta memiliki kepelbagaian dalam rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggannya iaitu dari makanan sehinggalah kepada barangan keperluan isi rumah. Produk makanan yang dijual terdiri dari konfeksi dan produk berasaskan tenusu serta minuman. Turut dijual ialah barangan perkakasan, Tidak ketinggalan barangan kosmetik, barangan kelengkapan diri, barangan keperluan wanita /lelaki/bayi/kanak-kanak.

  • MIDMART memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding pesaingnya dalam aspek perolehan barangan secara terus dari pengilang. Pembelian barangan dalam skala yang besar amat sinonim dan telah menjadi praktis syarikat ini dan secara tidak langsung memberi keupayaan kepada MIDMART untuk mendapatkan barangan pada kos yang lebih rendah. Kelebihan ini membolehkan MIDMART untuk sentiasa memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya yang terdiri dari pengguna akhir, pemborong dan juga peruncit kecil.

  • Barangan kilang diperolehi dari pengilang tempatan dan juga negara asing seperti Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Pakistan, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki , United Arab Emirates dan United Kingdom.
  •   

     

    Rabu, Mei 26, 2010
    VISI & MISI

  • VISI SYARIKAT - Terus mengungguli dalam bidang peruncitan, mewujudkan sebuah Kumpulan Syarikat milik Bumiputera yang benar-benar berdaya saing dan dikenali ramai
  • MISI SYARIKAT - MIDMART akan terus menerokai serta memantau dan memastikan pergerakan MIDMART lebih terarah, bermatlamat dan melabur secara bijak di samping menitik beratkan tatakerja, berkualiti, berkerjasama dan mengamalkan sistem pengurusan sistematik dan professional